BAHAYA RIYA' DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

*BAHAYA RIYA' DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.*

Riya' merupakan penyakit rohani yang kadang-kadang tak perasan dan tak disedari oleh yang empunya diri. Ada beberapa penjelasan tentang bahaya riya’, dan pengaruh buruk (kesan negatifnya) bagi individu, umat dan amal perbuatan manusia, seperti yang dijelaskan dalam Al-Qur’an dan Sunnah.

Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa bahaya riya’ memiliki tingkatan yang bermacam macam, dan ungkapan yang bermacam-macam, di antaranya :

*1. Bagi Seorang Muslim, Riya’ Lebih Bahaya Dari Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.*
Bahaya Masih Ad-Dajjal tidak akan menimpa orang yang akrab dengan Sunnah Rasulullah SAW. Akan tetapi riya’ lebih besar bahaya bagi seorang Muslim kerana riya' boleh menimpa sesiapa sahaja termasuk orang alim sekalipun dalam melakukan amalan soleh selagi tidak ada keikhlasan dalam melakukan amalan tersebut.

Nabi S.A.W bersabda, “Mahukah kamu aku beritakan khabar yang bagiku lebih berbahaya bagi kalian dibanding dengan Al Masih Ad Dajjal; iaitu syirik Al Khafi. Iaitu ketika seseorang berdiri untuk menunaikan solat, kemudian ia memperindah solatnya kerana ada orang lain yang melihatnya” (HR Ibnu Majah)

*2. Riya’ Lebih Besar Bahayanya Dari Serigala Yang Mengintai Kambing.*
Nabi S.A.W bersabda,“Dua ekor serigala lapar yang dilepaskan di tengah kerumunan kambing, bahayanya tidak lebih besar dari kerakusan manusia terhadap harta, dan membanggakan agamanya (riya’)". (HR. Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Ad-Darami, Imam Al Baghawi).

Hadith di atas memberi makna bahawa orang yang Riya' dapat membahayakan dan merugikan agamanya kerana mereka melakukan amalan hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang.

*3. Riya' Dapat Menyia-nyiakan Amalan Soleh.*
Islam bukanlah agama yang menampakkan hal-hal luar dan seremonial keagamaan semata-mata, kerana menampakkan ibadah dan syi’ar itu tidak mencukupi selama tidak bersumber dari keikhlasan hati kerana Allah semata. Ikhlas sangat berpengaruh dalam lubuk hati, mendorong untuk melakukan amal soleh yang dapat memperbaiki kehidupan manusia di dunia ini.

Allah mengisyaratkan dalam firmanNya: “Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, Kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al Insaan : 8-9).

Juga Allah S.W.T berfirman: “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, Orang-orang yang berbuat riya, Dan enggan (menolong dengan) barang berguna” (Al Maa’uun : 4-7).

Orang yang Riya', solatnya hanya melakukan gerakan gerakan dan ritual solat semata. Mereka memperbaguskan dan memperindah solatnya kerana ada orang lain yang melihatnya. Akan tetapi hati mereka tidak ikhlas dan tulus melakukannya, dan tidak menghadirkan hakikat dari solat. Tidak merasakan keagungan Allah yang ada di depannya. Oleh kerana dalam hati dan perbuatannya, sedikit pun tidak tertinggal pengaruh solat. Ini adalah riya’, yang meninggalkan amal perbuatan yang baik, dengan mengubahnya menjadi amal yang tidak baik.

*4. Riya' Dapat Membatalkan Amal Soleh.*
Riya bukan hanya sekadar menyia-nyiakan amal soleh. Bahkan ianya boleh membatalkan amalan soleh tersebut.

Allah S.W.T berfirman, Surah Al-Baqarah, aya 264:

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan Dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah Dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (Al Baqarah: 264).

*5. Riya’ Adalah Perbuatan Syirik Khafi.*
Riya' merupakan syirik yang tersembunyi yang ramai orang yang tak perasan, kerana riya' merupakan kejahatan yang berkait dengan hati. Dalam hal ini Nabi S.A.W bersabda, “Mahukah kamu aku beritakan khabar yang bagiku lebih berbahaya bagi kalian dibanding dengan Al-Masih Ad-Dajjal; iaitu syirik Al Khafi. Iaitu ketika seseorang berdiri untuk menunaikan solat, kemudian ia memperindahkan solatnya kerana ada orang lain yang melihatnya” (HR Ibnu Majah).

*6. Riya’ Dapat Menjadikan Kehinaan Pada Manusia.*
Manusia banyak yang terpujuk oleh tipu daya manusia yang riya’ di suatu tempat, kemampuan mereka menguasai dunia, banyaknya kekayaan mereka dan kemewahan serta kenderaan mereka, Akan tetapi Allah tetap menolak amalan mereka dan memperkecilkan serta menghinakan amalan soleh mereka kerana perbuatan riya yang mereka lakukan.

Nabi S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang menunjukkan amalnya kepada manusia, maka Allah akan memperdengarkan pendengaran makhluknya kepadanya, serta mengerdilkan dan merendahkannya” (Shahih Targhib wa Al targhib 1/6)

*7. Riya’ menghalangi pahala akhirat.*
Nabi S.A.W bersabda, “Gembirakanlah umat ini dengan kemuliaan, agama, keunggulan dan kekuatan di bumi. Barangsiapa di antara mereka yang melakukan amal perbuatan akhirat kerana tujuan duniawi, maka di akhirat kelak ia tidak akan mendapatkan bahagiannya” (HR Ahmad, Al Hakim).

*8. Riya’ akan menambah kesesatan.*
Allah S.W.T berfirman, “Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Al Baqarah : 9-10)

*9. Riya’ menyebabkan kehancuran dan kekalahan umat Islam.*
Nabi S.A.W bersabda, “Allah akan menolong umat ini kerana adanya orang orang yang lemah, dengan doa dan solat serta keikhlasan mereka dalam beramal soleh.” (Shahih Al Targhib wa Al Targhib, 1/6).

Demikian pula Rasulullah S.A.W menetapkan bahawa keikhlasan kerana Allah merupakan sebab kemenangan umat Islam dari musuh-musuh Islam. Tanpa ikhlas, maka itu riya’ dan nifak mungkin dapat dimanfaatkan oleh musuh-musuh umat ini.

Hai orang orang Islam ! Sesungguhnya pelajaran Peperangan Badar Kubra selalu akan tersimpan di dalam hati orang yang ikhlas yang mahu menunggu, selama mereka tidak mengubahnya.

Firman Allah dalam Al Qur’an: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), Maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya’ kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.” (Al Anfaal : 45-47).

Wahai saudara sekalian jauhkan sifat riya' dengan sedikit kelebihan yang Allah SWT berikan kita. Ya Allah ikhlaskanlah kami dalam melakukan amalan ibadah. Jauhkan kami dari sikap sombong dan riya' dalam semua amalan kami. Mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang ikhlas dan redha dalam melakukan amalan-amalan tersebut keranaMu. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

LELAKI BOLEH TAHU TENTANG PEREMPUAN

Thabat (constancy) dan Murunah (flexibility)

TAQARRUB & MURAQABAH