AWASI LIDAH DAN HATI
๐๐๐๐๐๐
๐AWASI LIDAH N HATI๐
๐Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.
๐Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya drp mayat wanita terbabit.
๐Terdapat pelbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
๐Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat.
๐Kedua tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.
.
๐Oleh sbb kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang drp mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat / pandangan daripada Imam Malik.
๐ณโโImam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu :
"๐Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya" ?
๐Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
๐Selepas diasak dengan pelbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :
๐"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina" sambil menampar-menampar dan memukul berkali-kali pada batang tubuh si mati".
๐Imam Malik berkata : "Kamu telah menjatuhkan Qazaf ( tuduhan zina ) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi ?
Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."
๐Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, pbila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya drp mayat tersebut.
๐๐๐๐
PENGAJARAN :
* ๐ Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala.
*๐ Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina.
* ๐ Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar.
๐ Sbb itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa itu berlaku.
๐Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.
ALLAHU AKBAR
๐๐๐๐๐๐
Comments
Post a Comment