AKIBAT BURUK DARI SOMBONG DALAM HIDUP

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

*AKIBAT BURUK DARI SOMBONG DALAM HIDUP.*

SOMBONG (TAKABBUR) atau dikenal dalam bahasa Arab dengan istilah AL-KIBR iaitu melihat diri sendiri lebih hebat dan lebih besar dari yang lain dan memandang orang lain lebih hina, lebih rendah dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis:

‎*الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ*
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” [H.R. Muslim, no. 2749, dari ‘Abdullah bin Mas’ud]

Yang membezakan sifat takabbur dari sifat ‘ujub (membanggakan diri). Sifat ‘ujub, hanya membanggakan diri tanpa merendahkan orang lain. Sedangkan takabbur, di samping membanggakan diri sendiri juga merendahkan orang lain.

Sebab-sebab kesombongan manusia, antara lain:

*1- ‘Ujub (Membanggakan Diri).*
Manusia tidak akan takabbur kepada orang lain sampai dia terlebih dahulu merasa ‘ujub (membanggakan diri), dan dia memandang dirinya memiliki kelebihan dari orang lain. Maka dari sikap ‘ujub ini muncul kesombongan.

Dan ‘ujub merupakan perkara yang membinasakan, berdasarkan sabda Nabi SAW:

‎*ثَلاَثٌ مُهْلِكَاتٌ: شُحٌّ مُطَاعٌ وَهُوَيَ مُتَبَعٌ وَإِعْجَابٌ اْلمَرْءِ بِنَفْسِهِ*
“Tiga perkara yang membinasakan: sifat sukh (rakus dan bakhil) yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan ‘ujub seseorang terhadap dirinya.” (HR. Ath-Thabrani ).

*2. Suka merendahkan Orang Lain.*
Bahawasanya orang yang tidak meremehkan manusia, tidak disebut takabbur terhadap mereka. Sedangkan meremehkan seseorang yang dimuliakan Allah SWT dengan keimanan sudah cukup untuk menjadikan sebuah dosa takabbur bagi mereka.

*3- Suka Menonjolkan Diri dengan mengangkat diri (Taraffu').*
Jiwa manusia itu menyukai ketinggian diri di atas sesamanya, dan dari sinilah munculnya kesombongan.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-A’raf, ayat 88:

‎قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِن قَوْمِهِ لَنُخْرِجَنَّكَ يَا شُعَيْبُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَكَ مِن قَرْيَتِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَارِهِينَ
“Pemuka-pemuka dari kaum Syu’aib yang menyombongkan dan berkata, ‘Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu’aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, atau kamu kembali kepada agama kami.’ Syu’aib berkata, ‘Dan apakah (kamu akan mengusir kami), sekalipun kami tidak menyukainya?‘” (QS. Al-A’raf : 88)

*4. Suka mengikuti Hawa Nafsu.*
Kesombongan itu muncul dari sebab mengikuti hawa nafsu, kerana memang hawa nafsu itu mengajak menuju ketinggian dan kemuliaan di atas muka bumi.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Baqarah, ayat 87:

‎وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَقَفَّيْنَا مِن بَعْدِهِ بِالرُّسُلِ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ.
“Apakah setiap datang kepadamu seorang Rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu menyombong; Maka beberapa orang (di antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” (QS. Al-Baqarah : 87)

Ketahuilah bahawa bahaya kesombongan itu sangat besar. orang-orang yang hebat akan binasa di dalamnya, dan jarang orang yang bebas darinya, baik para ulama, ahli ibadah, atau ahli zuhud.

Adapun bahaya kesombongan itu di antaranya adalah:

*1. Kesombongan Adalah Dosa Pertama Iblis kepada Allah SWT.*
Kesombongan adalah dosa pertama yang dilakukan Iblis laknatullah dalam bermaksiat kepada Allah Azza wa jalla.

Kesombongan itu mengheret Iblis untuk menjadikan dirinya terus-menerus dalam keadaan sombong.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Baqarah, ayat 34:

‎وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat, ‘Sujudlah kamu kepada Adam!,’ Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” (QS. Al-Baqarah : 34).

*2. Kesombongan Merupakan Penyebab kekafiran manusia.*
Oleh kerana itulah Allah SWT menggabungkan antara kekafiran dengan kesombongan di dalam kitabNya yang mulia.

Allah SWT berfirman dalam Surah Az-Zumar, ayat 59:

‎*بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنتَ مِنَ الْكَافِرِينَ*
”(Bukan demikian) sebenarya telah datang keterangan-keteranganKu kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir.” (QS. Az-Zumar : 59).

*3. Orang-Orang Yang Sombong Tempat Kembalinya Adalah Neraka.*
Allah SWT telah menjadikan neraka sebagai rumah bagi orang-orang yang sombong.

Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zumar, ayat 72:

‎*قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ*
“Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, sedang kamu kekal di dalamnya”. Maka neraka Jahannam itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri.” (QS. Az-Zumar : 72)

Orang-orang yang sombong adalah calon penghuni neraka.
Sabda Nabi SAW :

‎إِنَّ أَهْلَ النَّارِ كُلُّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ جَمَّاعٍ مَنَّاعٍ وَأَهْلُ الْجَنَّةِ الضُّعَفَاءُ الْمَغْلُوبُونَ
“Sesungguhnya penduduk neraka adalah semua orang yang kasar lagi keras, orang yang bergaya sombong di dalam jalannya, orang yang bersombong, orang yang banyak mengumpulkan harta, orang yang sangat bakhil. Adapun penduduk syurga adalah orang-orang yang lemah dan terkalahkan.” (HR. Ahmad dan Al-Hakim).

Mereka akan merasakan berbagai macam seksaan di dalam azab api neraka Jahannam, akan diliputi kehinaan dari berbagai tempat, dan akan diminumi nanah penduduk neraka.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‎يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ
“Pada hari kiamat nanti orang-orang yang sombong akan dihimpunkan dan dikumpulkan seperti semut kecil, di dalam bentuk manusia, kehinaan akan meliputi mereka dari berbagai sisi. Mereka akan dihimpunkan menuju sebuah penjara di dalam Jahannam yang namanya Bulas. Api neraka yang sangat panas akan membakar mereka. Mereka akan diberi minuman nanah penduduk neraka, iaitu thinatul khabal (lumpur kebinasaan).” (HR. Bukhari, Tirmidzi dan Ahmad).

*4. Kesombongan Merupakan Tabir Penghalang Untuk Memasuki Syurga.*
Firman Allah SWT dalam al-Qur’an Surah Al-Araf, ayat 13:

‎*قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ*
“Allah SWT berfirman : Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya!” (QS. Al-A’râf : 13)

Kesombongan itu menjadi tirai penghalang masuk syurga kerana menghalangi seorang hamba dari akhlak orang-orang beriman.

Orang sombong tidak menyukai kebaikan yang dia sukai untuk dirinya. Dia tidak mampu bersikap rendah hati dan meninggalkan hasad, dendam, dan marah.

Dia juga tidak mampu menahan marah, dia tidak suka menerima nasihat, dan tidak selamat dari sifat merendahkan diri.

*5. Allah SWT Tidak Mencintai Orang-Orang Yang Sombong.*
Barangsiapa yang memiliki sifat-sifatnya seperti ini, maka dia berhak mendapatkan laknat Allah SWT, jauh dari rahmatNya, Allah memurkainya dan tidak mencintainya.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah An-Nahl, ayat 22-23:

‎فَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٌ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ () لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ
“...Maka orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, hati mereka mengingkari (keesaaan Allah), sedangkan mereka sendiri adalah orang-orang yang sombong. Tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.” (QS. An-Nahl : 22-23)

*6- Kesombongan Merupakan Penyebab Mati Dalam Keadaan Su-ul Khatimah (Keburukan di Akhir Kehidupan).*
Oleh kerana itu Allah memberitakan bahawa orang yang sombong dan sewenang-wenang adalah orang-orang yang Allah menutup hati mereka, sehingga mereka tidak beriman. Sehingga akhir kehidupannya adalah keburukan.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Mukmin, ayat 35:

‎*....كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ*
“.....Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.” (QS. Al-Mukmin : 35)

*7- Kesombongan Merupakan Sebab Berpalingnya Manusia Dari Ayat-Ayat Allah SWT.*
Yang demikian itu kerana orang yang sombong tidak dapat melihat ayat-ayat Allah SWT yang menjelaskan dan berbicara dengan dalil-dalil yang pasti.

Juga kerana kesombongan itu menutupi kedua matanya, sehingga dia tidak melihat kebenaran kecuali dirinya.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Araf, ayat 146:

‎*سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ.*
“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi.” (QS. Al-A’raaf : 146)

*8- Kesombongan Merupakan Perbuatan Dosa Yang Paling besar.*
Kesombongan memiliki berbagai bahaya seperti ini; maka tidak hairan jika ia merupakan dosa terbesar.

Rasulullah SAW bersabda:

‎*لَوْ لَمْ تَكُوْنُوْا تُذْنِبُونَ لَخِفْتُ عَلَيْكُمْ مَا هُوَ أَكْبَرُ مِنْ ذَلِكَ الْعُجْبُ الْعُجْبُ*
“Jika kamu tidak berbuat dosa, sungguh aku khuatirkan kamu pada perkara yang lebih besar dari itu, iaitu ‘ujub, ‘ujub (kagum terhadap diri sendiri).” (HR. Ath-Thabrani )

Ya Allah jauhkan kami dari sifat sombong terhadap sesama manusia dengan sedikit kelebihan yang telah Engkau berikan kepada kami. Jadikan kami ya Allah sebagai hambaMu yang pandai mensyukuri segala nikmat pemberianMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

LELAKI BOLEH TAHU TENTANG PEREMPUAN

Thabat (constancy) dan Murunah (flexibility)

TAQARRUB & MURAQABAH