APAKAH FITNAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Khamis, 17 Jamadil Akhir 1438H

APAKAH FITNAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM.

Hidup di akhir zaman merupakan hidup yang berada di zaman fitnah, begitu dahsyatnya fitnah yang melanda kaum muslimin sekarang ini. Bagaikan gelombang yang datang silih berganti menerpa pantai.

Begitu pun juga fitnah akhir zaman yang telah disebutkan Rasulullah SAW, fitnah syubuhat yang meluluh-lantakkan agama seorang muslim, dan fitnah syahwat yang menjerumuskannya ke dalam lembah dosa dan maksiat yang begitu dahsyatnya akan menumbangkan manusia jika seandainya Allah SWT tidak menjaga dan memelihara kita semuanya.

Tazkirah hari ini, sedikit perkongsian makna fitnah jika dikaitkan dengan kehidupan di zaman sekarang ini.

Zubair bin Adi, dia berkata : "kami datang menemui Anas bin malik mengadukan penderitaan yang kami dapati dari perlakuan Alhajjaj, maka beliau berkata:

‎اصْبِرُوا فَإِنَّهُ لَا يَأْتِي عَلَيْكُمْ زَمَانٌ إِلَّا الَّذِي بَعْدَهُ شَرٌّ مِنْهُ حَتَّى تَلْقَوْا رَبَّكُمْ سَمِعْتُهُ مِنْ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (رواه البخاري)
"Bersabarlah, sesungguhnya tidak akan datang pada kalian suatu zaman kecuali yang berikutnya lebih buruk dari yang sebelumnya hingga kalian bertemu dengan Rabb kalian, begitu yang kudengar dari Nabi Kalian-shallallahu ‘alaihi wa sallam. (HR. Bukhari).

MAKNA FITNAH.
Fitnah secara bahasa ertinya adalah ujian, cubaan, dugaan dan cabaran, di dalam Al-Qur'an, kata fitnah mengandungi beberapa maknanya, antara lain:

1. SYIRIK.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-anfal ayat 39 :

‎وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّه.ِ

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah(kesyirikan) dan agama seluruhnya menjadi milik Allah SWT". (QS. Al-anfal: 39).

Allah SWT berfirman dalam ayat yang lain dalam surah Al-Baqarah ayat 217:

‎يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ

"Mereka bertanya padamu tentang bulan haram, apa hukum berperang padanya, katakan: berperang padanya adalah perkara besar, sementara menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan kufur padanya dan menghalangi (manusia) dari masjidil haram dan mengusir penduduknya darinya lebih besar di sisi Allah, dan fitnah (kekafiran) itu lebih besar dari memerangi mereka". (QS: Al-Baqarah: 217).

2. SEKSAAN.

Allah SWT berfirman dalam surah adz-Dzariyat ayat 14:

‎ذُوقُوا فِتْنَتَكُمْ هَذَا الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تَسْتَعْجِلُونَ
"maka rasakanlah seksaan kalian, inilah yang dahulu kalian minta menyegerakannya". (QS. az-Zariyat: 14).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam surah al-Buruj ayat 10:

‎إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
"Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa kaum mukminin dan mukminat kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka jahannam dan bagi mereka azab yang membakar". (QS: al-Buruj: 10).

3. UJIAN / CUBAAN.
Allah SWT berfirman dalam surah Al- Anbiya ayat 35 :

‎وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَة.ً
"Dan kami akan menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai bentuk fitnah (ujian)". (QS: Al- Anbiya: 35).

Dalam ayat yang lain Allah SWT juga berfirman dalam surah at Taghabun ayat 15 :

‎إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ
Sesungguhnya harta-harta kalian dan anak-anak kalian adalah fitnah (ujian)". (QS: at Taghabun : 15).

4. BENCANA DAN HUKUMAN.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 25:

‎وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً
"Dan takutlah fitnah (bencana) yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim di antara kalian saja secara khusus". (QS. Al-Anfal : 25).

5. MENGHALANG MANUSIA DARI JALAN ALLAH SWT.

Hadis-hadis Nabi SAW tentang munculnya fitnah akhir zaman.

‎قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ لَأَيَّامًا يَنْزِلُ فِيهَا الْجَهْلُ وَيُرْفَعُ فِيهَا الْعِلْمُ وَيَكْثُرُ فِيهَا الْهَرْجُ وَالْهَرْجُ الْقَتْل.رواه البخاري
"Sesungguhnya sebelum kedatangan hari kiamat akan ada hari-hari yang turun padanya kejahilan, dan ilmu agama diangkat, dan akan terjadi banyak alharaj iaitu pembunuhan". (HR. Bukhari).

Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda:

‎عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” يتقارب الزمان ويقبض العلم وتظهر الفتن ويلقى الشح ويكثر الهرج، وقالوا: ومالهرج يا رسول الله ؟ قال: القتل ” .(رواه البخاري)
"Dari Abu Hurairah-radhiallahu ‘anhu dia berkata: bersabda Rasulullah SAW:” zaman menjadi dekat, ilmu dicabut, dan muncul berbagai fitnah, kekikiran maharajalela dan banyak terjadi alharaj (pembunuhan), mereka bertanya:” apa itu Haraj ya Rasulullah:?beliau menjawab: "iaitu pembunuhan". (HR. Bukhari).

Ya Robbi jauhkan kami dari fitnah dunia dan fitnah pada agama yang kami anuti. Jauhkan diri kami dari melakukan amal perbuatan yang akan mendatangkan fitnah kepada kami, keluarga kami, masyarakat dan agama yang kami cintai. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang…

Jazzakumullahu khairanjaza’...
Doakan istiqamah serta Sihat wal Afiat.
Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

LELAKI BOLEH TAHU TENTANG PEREMPUAN

Thabat (constancy) dan Murunah (flexibility)

TAQARRUB & MURAQABAH