TAQWA ITU LAHIR DARI UCAPAN SERTA PERBUATAN YANG BENAR
TAQWA ITU LAHIR DARI UCAPAN SERTA PERBUATAN YANG BENAR
Firman Allah SWT,
*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا*
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang benar (dalam segala perkara)" [Surah al-Ahzab 70]
Inilah pesanan indah drpd Allah yg menggariskan pendekatan agar kita bertaqwa dan mengucapkan kata2 yg benar sbg prasyarat yg perlu dipenuhi demi menggapai redha dan rahmatNya. Berkata benar itu menenangkan jiwa, kerana bohong akan menjadikan jiwa tidak tenteram serta gelisah.
Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :
*عَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِيْ إِلَى الْبِرِّ ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِيْ إِلَى الْجَنَّةِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيْقًا ، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ إِلَى الْفُجُوْرِ ، وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِيْ إِلَى النَّارِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا*
Drp Abdullah bin Mas’ud r.a, dia berkata: Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu sentiasa berlaku *benar*(dlm ucapan & perbuatan), krn kebenaran membawa kpd kebaikan, dan kebaikan menghantar seseorang ke Syurga. Dan apabila seseorang selalu berlaku *benar*(dlm ucapan & perbuatan) dan tetap memilih kebenaran, maka akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yg *benar.* Dan jauhilah oleh kamu berbuat *dusta,*(dlm ucapan & perbuatan) krn dusta membawa seseorang kpd kejahatan dan kejahatan menghantar seseorang ke Neraka. Dan jika seseorang sentiasa *berdusta* dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allah sbg pendusta (pembohong)”
[HR Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Hibban dan at-Tirmizi berkata Hasan Sahih]
#Org yg benar (dlm ucapan & perbuatan) adalah manusia yg BERTAQWA.
Firman Allah SWT:
*وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ*
"Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa.” [Surah az-Zumar 33]
Justeru jadikan ucapan kita, niat kita, tindak tanduk kita, perbuatan kita agar sentiasa di dalam kebenaran. Dan kebenaran itu adalah berdasarkan petunjuk dari Allah dan Rasul menerusi Al Quran dan Hadis atas apa2 jua perkara yg telah dijelaskan, ditegah dan diperintahkan samada ia berupa akhlak, ibadah mahupun muamalah.
_*ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR*_
Comments
Post a Comment