SYURGA TIDAK AKAN TERCAPAI HANYA DENGAN ANGAN-ANGAN
SYURGA TIDAK AKAN TERCAPAI HANYA DENGAN ANGAN - ANGAN
Firman Allah SWT,
*لَّيْسَ بِأَمَانِيِّكُمْ وَلَا أَمَانِيِّ أَهْلِ الْكِتَابِ ۗ مَن يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا*
(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) Syurga itu tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat dari sapa2 pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya. {an-nisa':123}
*وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا*
Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. {4:124}
"Para sahabat r.a menyatakan bahawa inilah ayat al-Quran yg paling berat bagi mereka, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim bhw Sayidatina 'Aisyah mengatakan kpd Rasulullah saw bhw inilah ayat al-Quran yg terasa paling berat bagi dirinya" (Tafsir Ibnu Kathir Juz 1)
Kata Nabi saw:
إِنَّ اللَّهَ يَغَارُ وَغَيْرَةُ اللَّهِ أَنْ يَأْتِىَ الْمُؤْمِنُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ
"Sesungguhnya Allah Maha Cemburu, dan cemburunya Allah adalah di saat seorang mukmin melanggar yang diharamkanNya"
(HR Bukhari)
Allah SWT larang segala bentuk maksiat, justeru Allah cemburu pada hamba2nya yg telah bersungguh berbuat kebaikan tetapi dalam masa yg sama ia buat kemaksiatan. Cemburu Allah mendatangkan murka-Nya yg BESAR.
Maksiat memberi masalah kepada kehidupan dan merosakkan jiwa, menbuat diri gelisah serta merasa tidak tenteram. Terdapat lapan akibat dari perbuatan maksiat:
1. Tidak mendapat ilmu yg bermanfaat
2. Tidak mendapat rezeki yg berkat
3. Kerisauan dan kesepian di hati
4. Melemahkan hati dan badan
5. Byk mendapat kesulitan
6. Kegelapan dlm hati
7. Kehilangan ketaatan
8. Mengurangi umur dan mengikis berkah
Hadam sungguh2 bahawa sebesar zarah maksiat@dosa tetap akan PASTI di balas. Justeru perbanyakkanlah berbuat kebaikan kerana kebaikan itu akan menggantikan kesalahan2. Dosa akan membuatkan seorang meraung atas penyesalan ketika rohnya diangkat. Menyesal lah sekarang sebelom derita.
_*ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR*_
Comments
Post a Comment