BAGAIMANA MENCAPAI IKHLAS DALAM AMALAN

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Rabu, 29 Rejab 1438H

*BAGAIMANA MENCAPAI IKHLAS DALAM AMALAN.*

Ikhlas merupakan modal yang paling penting dalam melakukan amalan ibadah yang dikerjakannya. Kerana penilaian ibadah seorang hamba di sisi Allah SWT itu bergantung kepada keikhlasannya. Ikhlas itu merupakan urusan batin manusia yang dapat dilihat dengan amalannya. Hati yang ikhlas akan melahirkan amalan yang ikhlas.

Dengan kata lain ikhlas adalah melakukan amalan dan ibadah semata-mata kerana Allah SWT dengan meninggalkan amalan kerana manusia. Oleh kerana itu meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya', melakukan amalan kerana manusia adalah syirik. Dan ikhlas itu adalah menjauhkan dari dua perkara tersebut.

Ikhlas merupakan pembuka pintu pahala, amalan penolak bala', dan diturunkan rahmat Allah SWT. Firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah Al-Bayyinah, ayat 5:

‎وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar".

Oleh karena itu, tazkirah pada pagi ini adalah berkongsi sedikit tips untuk mencapai keikhlasan dalam melakukan amalan, di antaranya:

1. Hadirkan niat kerana Allah SWT dalam setiap amalan yang dilakukan meskipun pada perkara yang kecil-kecil.

2. Tanamkan perasaan benci dalam hati untuk mengharapkan pujian manusia. Kerana amalan yang kita lakukan di dunia adalah bekal kehidupan nanti di akhirat.

3. Perbanyakkan muhasabah diri adakah amalan yang dilakukannya betul-betul ikhlas kerana Allah SWT atau kerana manusia.

4. Dengan mengingati bahawa diterimanya amalan di sisi Allah SWT di sebabkan dua faktor utama, pertama ibadah dengan baik dan kedua ikhlas semata-mata kerana Allah.

5. Membiasakan diri melakukan ibadah (yang sunnah) secara bersendirian yang jauh dari pandangan manusia. Untuk mendapatkan nilai keikhlasan hati yang sebenar.

6. Jangan tertipu dengan pujian manusia dan ucapkan alhamdulillah serta beristighfar jika mendapat sanjungan daripada manusia.

7. Letakkan dalam diri kita bahawa setiap amalan yang dilakukan semata-mata mengharapkan redha Allah SWT bukannya mengharapkan balasan dari manusia atau pujian dari mereka.

8. Tanamkan sifat sabar dalam melakukan suatu amalan dan perbuatan sebagai buah dari keikhlasan dalam hati kita.

9. Salah satu tanda keikhlasan adalah rajin dan semangat dalam melakukan setiap amalan dan ibadah. Sehinggakan amalan-amalan sunnah pun dilakukan dengan rajin.

10. Menjauhkan diri dari sifat berbangga dengan diri sendiri serta mengelakkan dari sifat suka meninggikan diri sendiri.

11. Perbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dijauhkan diri kita dari pada sifat riya' dan takabbur dalam melakukan sesuatu amalan dan perbuatan.

Wahai kawan dan sahabatku sekalian. Ikhlaskan diri kita dalam melakukan semua amalan kebaikan. Dan jangan kita melakukan suatu amalan selain daripada Allah SWT. Allah maha mengetahui amalan hambanya, adakah dilakukan amalan tersebut dengan ikhlas atau sebaliknya.

Ya Rahman Ya Rahim terimalah amal ibadah hambamu ini. Jauhkan kami ya Allah dari amalan yang bersifat riya' dan sombong terhadap sesama manusia. Mudah-mudahan Engkau redha ya Allah dalam menerima segala amal ibadah hambanya. Aamiinn !!!!!

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

LELAKI BOLEH TAHU TENTANG PEREMPUAN

Thabat (constancy) dan Murunah (flexibility)

TAQARRUB & MURAQABAH