BAGAIMANA MENCAPAI IKHLAS DALAM AMALAN
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Rabu, 29 Rejab 1438H *BAGAIMANA MENCAPAI IKHLAS DALAM AMALAN.* Ikhlas merupakan modal yang paling penting dalam melakukan amalan ibadah yang dikerjakannya. Kerana penilaian ibadah seorang hamba di sisi Allah SWT itu bergantung kepada keikhlasannya. Ikhlas itu merupakan urusan batin manusia yang dapat dilihat dengan amalannya. Hati yang ikhlas akan melahirkan amalan yang ikhlas. Dengan kata lain ikhlas adalah melakuka...