UNTUK APA AKU DILAHIRKAN

UNTUK APA AKU DILAHIRKAN

Untuk suatu alasan aku lahir, tumbuh membesar, bermodalkan beberapa tahun kemudian mati. Adakah sekadar itu? Tidak mungkin, kerana haiwan juga adalah seperti itu. Bagaimana mungkin manusia dan haiwan mempunyai tujuan hidup dan mati yang sama.

Aku mula mencari jawapan dengan mengenali dari mana asalku, dimana aku sekarang dan kemana halatujuku.

Berpandukan wahyu dan sabdaan, tahulah aku bahawa hakikat diriku bukanlah yang aku lihat pada rupa zahir ini, bentuk yang hanya lahir beberapa tahun yang lepas dengan anggota-anggota badan yang lengkap untuk menjadi kenderaan kepada diriku.

Hakikat diriku adalah suatu yang tak dapat kulihat, yang menunggang tubuh kasar ini selama berada didunia. Ia berada dalam jasadku. Ia-lah sebenarnya yang merasa, memandang dan mendengar. Itulah "roh" yang berasal dari alam arwah.

Roh yang dahulunya pernah menyaksikan Allah ketika perjanjian "Alastu" diambil dari semua roh. Roh yang mendengar kalam Allah yang Maha Indah, roh yang memahami dan mengakui ketuhanan Allah lalu roh ini bercakap dengan Zat yang Menciptakannya "Bahkan, kami menyaksikan".

Roh yang tak diketahui bagaimana rupanya kerana ia menyaksikanNya bukan dengan bola mata, mendengar bukan dengan gegendang telinga dan bercakap bukan dengan kotak suara dan mulut.

Roh itulah hakikat diriku. Roh yang diciptakan dari cahaya. Roh yang mempunyai pengalaman hebat melihat Robnya dan berdialog denganNya. Rupa-rupanya aku berasal dari roh yang sudah bermakrifat. Bermakna asal usul aku ialah "arif billah".

Apabila tiba masa yang dikehendaki Allah, aku berpindah ke alam yang lain, yang bernama alam rahim. Didalamnya aku di tiup(di install-kan) setelah kenderaan jasad ini benar-benar mampu dan siap untuk menanggung aku iaitu setelah ia berusia 4 bulan dalam kandungan ibu biologiku.

Setelah 9 bulan 10 hari, aku lahir didunia bersama kenderaanku yang tercipta dari tanah dan air ini. Roh-ku yang asalnya suci bersih bersifat cahaya dan rohani, kini berpengalaman baru bersama tubuh baru yang bersifat fitrah pada waktu kelahirannya.

Cantuman cahaya dan tanah ini menyebabkan aku terlupa bahawa aku berasal dari alam yang tinggi. Bahkan ramai yang terlupa akan perjanjian yang telah termeterai dengan Allah.

Tubuh badanku membesar dan membesar. Didalam tubuh jasad ini mempunyai nafsu dan beberapa sifat kehaiwanan. Benar-benar aku berada dalam ujian selama berada didunia.

Disini ramai manusia termasuk diriku terleka dan terbuai dengan nafsu dan alam dunia ini. Alpa terhadap tujuan dilahirkan disini. Tujuan hidupku disini ialah untuk mengESAkan ALLAH dengan menyucikan roh dan nafsu (jiwa) tersebut dari noda dan zulumat. Untuk kembalikan kepada sifat asalnya iaitu bermakrifat kepada Allah.

Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja, diutus para utusanNya dan Kitab-kitab suci mengingatkan manusia mengenai perjanjian Alastu dan perhisaban keatasnya kelak di akhirat. Mengingatkan mengapa kita berada disini dan apa tujuan akhirnya.

Apabila ajal tiba, roh ini akan dicabut dari jasad ini. Itulah maut yang pertama dan terakhir kalinya buatku. Maka terkulailah jasad yang ada mata tapi tiada boleh melihat, gegendang telinga yang tiada boleh mendengar, tangan dan kaki yang tiada mampu bergerak, kerana aku telah meninggalkannya.

Jasadku akan ditanam, dikembalikan ketempat asalnya iaitu tanah. Ia akan mereput dan hancur. Boleh jadi saja ia akan menjadi habuan ulat dan tanah. Itulah nasib kenderaanku. Namun aku akan tetap ada. Sekarang di alam barzakh, akulah yang akan ditanya oleh Munkar Nakir.

Setelah tiupan sangkakala, di Mahsyar kelak jasadku yang telah hancur akan dibangkitkan semula. Sekali lagi aku akan disarungkan kedalamnya untuk menuju ke medan perhisaban. Akulah yang akan dipertanggungjawabkan keatas segala perlakuanku didunia.

Setelah itu rohku bersama jasad hidup selama-lamanya tanpa maut akan datang menjemputnya lagi. Demikianlah perjalananku dan seluruh hamba.

Dalam meniti usia yang semakin berkurangan ini.. sebanyak manakah telah berjaya kita laksanakan maksud hidup kita ini..

Semua kias jalan mengenal..
Ingin mengenali diri tapi lupa diri
Mengambil hal luaran drpd diri...
Bkn mudah nk melepasi syirik...
Jika kata aku mengenal Tuhan ku dgn tuhanku pun blm lg..
Jika kata mengenal dgn yg mgnl pun blm tentu...
Jika kata allah muhammad pun blm tentu bgimana nk... meng esakan nya... nak tunggu iman Mahadi..dia takkan tlg yg bkn beriman dengan nya.. Ia sentiasa menyucikan muka bumi nya..tp diri buta hati... diri nak kan sesuatu yg lebih..akal masih diselaputi nafsu... zikir lah, istighfar lah, jadi mengenal makam istighfar tu mana tempat nya...

Comments

Popular posts from this blog

LELAKI BOLEH TAHU TENTANG PEREMPUAN

Thabat (constancy) dan Murunah (flexibility)

TAQARRUB & MURAQABAH