NIKMAT ALLAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Rabu, 23 Zulkaedah 1438H
*NIKMAT ALLAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN.*
Sebagai seorang muslim yang taat kepada perintah Allah, salah satu bentuk ketaatan kita kepada Allah adalah dengan mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita. Begitu banyak nikmat Allah yang telah diberikan kepada kita, yang kita tidak akan dapat menghitung jumlah nikmat tersebut. Allah SWT berfirman Surah Ibrahim, ayat 34:
وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
Dari ayat di atas mengisyaratkan bahawa manusia yang kufur dan ingkar adalah manusia yang tidak pandai mensyukuri nikmat Allah SWT. Yang akibat dari kekufuran tersebut akan mendatangkan azab. Allah SWT berfirman Dalam al Quran Surah Ibrahim, ayat 7:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Bersyukurlah kerana Allah telah menjadikan kita sebagai hamba yang pandai mensyukuri nikmat Allah SWT. Adapun nikmat Allah jika dikelompokkan berdasarkan pada sifatnya, maka nikmat tersebut terbahagi kepada 3 bahagian:
*1. NIKMAT DUNIAWI.*
Iaitu nikmat Allah yang diberikan kepada hambanya dalam bentuk harta kekayaan, kejayaan dalam hidup, kesihatan, kebahagiaan hidup, sejahtera ahli keluarga. Itu
semua merupakan nikmat duniawi yang diberikan Allah SWT kepada hambanya.
*2. NIKMAT DINIYYAH.*
Iaitu nikmat Allah SWT yang diberikan kepada hambaNya dengan diberinya kekuatan dalam melaksanakan ajaran agama seperti dapat menjaga solat lima waktu, banyaknya amalan soleh, diberinya kita ilmu dan kefahaman agama, ketaqwaan yang mantap kepada Allah SWT, dan lain sebagainya.
*3. NIKMAT UKHRAWI.*
Iatu kemuncak dari segala kenikmatan yang dicita-citakan oleh setiap manusia dalam hidup. Kerana nikmat ukhrawi adalah nikmat yang tidak akan rosak atau sirna. Nikmat ukhrawi Allah menjadikan manusia yang berdisiplin, agar dapat menjalani kehidupan dengan penuh kebaikan, hal yang demikian akan menjadikan amalan soleh kita dapat memudahkan kepayahan dan kesusahan ketika kita ketika berada di alam akhirat.
Oleh kerana itu wahai sahabat sekalian. Carilah kebahagiaan di dunia dengan tidak mengasingkan dan memisahkan antara tujuan di dunia dan akhiratnya. Dengan kenikmatan yang telah Allah berikan kepada kita, ditambah kuatnya rasa syukur kita kepada Allah SWT. Maka Allah akan memberi kebaikan kepada kita.
Allahumma Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang dapat mentaati segala perintahMu, jauhkan kami dari sifat munafiq serta tidak mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami. Jadikanlah kami ya Allah sebagai hamba yang taat kepada segala bentuk perintahMu. Aamiinn !!!!
Wallahu A'lam
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...
Comments
Post a Comment