JUJURKAH KITA

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Selasa, 29 Zulkaedah 1438H

*JUJURKAH KITA!!!*

Kejujuran merupakan sifat yang terpuji dalam akhlak Islam. Allah SWT memerintahkan hambaNya untuk menjadi manusia yang jujur dalam menjalani kehidupan.

Firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah At-Taubah, ayat 119:

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar".

Ayat di atas menyuruh umat Islam untuk menjadi umat yang jujur. Ada pepatah yang salah mengatakan: kalau terlalu jujur akan hancur, kalau terlalu jujur akan lebur. Padahal pepatah yang betul adalah: kalau jujur menjadi subur, kalau jujur menjadi makmur. Abu Bakar di beri gelaran oleh Rasulullah SAW dengan nama "Ash-Shiddiq" Maknanya orang yang sangat jujur.

Oleh kerana itu, kejujuran yang dilakukan dalam kehidupan umat Islam wajib dilakukan dalam semua aspek kehidupan, dengan siapapun, dalam keadaan apapun, dengan cara bagaimana pun.

Kejujuran dalam kehidupan umat Islam terdiri dari 5 bentuk, di antaranya:

*1. JUJUR PERKATAAN (صدق الحديث)*
Dalam keadaan apapun, seorang Muslim yang baik, wajib berkata jujur, sama ada dalam menyampaikan informasi, menjawab pertanyaan, melarang atau menyuruh atau perkataan-perkataan lainnya. Orang yang bercakap jujur akan mendapatkan kecintaan daripada Allah SWT. Jujur perkataan inilah bentuk yang paling mudah untuk menilai kejujuran seseorang dalam kehidupan seharian.

*2. JUJUR PERGAULAN (صدق المعاملة).*
Seorang Muslim yang baik dalam bermasyarakat, wajib bermu'amalah dengan sesama manusia dengan kejujuran. Jangan menipu, jangan mengkhianati, jangan menzalimi orang sekalipun bukan orang Islam. Keikhlasan dalam pergaulan merupakan faktor utama kejujuran seseorang.

*3. JUJUR KEMAHUAN (صدق العزم).*
Seorang Muslim yang bijak, sebelum memutuskan untuk melakukan sesuatu perkara yang di mahuinya, wajib mempertimbangkan dan menilai terlebih dahulu untung dan ruginya, manfaat dan tidaknya, serta halal dan haramnya. Hal ini bermaksud agar apa yang dikehendakinya betul-betul membawa kebaikan kepada diri serta orang lain.

*4. JUJUR PADA JANJI (صدق الوعد).*
Apabila berjanji, seorang Muslim akan berusaha untuk menepatinya. Mungkir janji merupakan tanda orang-orang munafik, sebagai mana disebutkan di dalam hadis Rasulullah dari riwayat Bukhari dan Muslim. Bahawa tanda orang munafik itu ada tiga: salah satunya adalah, jika berjanji banyak mungkirnya (ingkar janji) atau tidak menepati janji.

*5. JUJUR PADA KEADAAN (صدق الحال).*
Seorang Muslim sejati akan menampilkan diri sendiri dalam keadaan yang sebenarnya, dia tidak akan menipu diri sendiri dengan baju kepalsuan, bukan untuk mencari nama (populariti) dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Oleh kerana itu wahai saudara sekalian, jadilah kita insan yang jujur pada diri sendiri juga kepada orang lain dalam menjalinkan hubungan dengan sesama manusia.

Ya Allah ya Rahmaan ya Rahim, jadikan kami hambaMu yang jujur dalam semua aspek kehidupan. Jujur pada hati, ucapan serta perbuatan kami. Mudah-mudahan kami menjadi manusia yang berguna untuk sesama manusia. Aamiinn !!

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...

Comments

  1. How to make money from casino games
    Online gambling is the process of making money from casino games. Most casinos will use casino software to process and withdraw money. งานออนไลน์ For example, if you

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

LELAKI BOLEH TAHU TENTANG PEREMPUAN

Thabat (constancy) dan Murunah (flexibility)

TAQARRUB & MURAQABAH