BAGAIMANA KEADAAN SEGUMPAL DARAH (HATI)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Khamis, 10 Zulkaedah 1438H
*BAGAIMANA KEADAAN SEGUMPAL DARAH (HATI)!!!*
Matlamat utama dalam melaksanakan amal ibadah dalam ajaran Islam adalah mencapai redha Allah dengan keikhlasan hati dalam melaksanakannya. Agar Allah menjadikan kita hamba yang bertaqwa. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (Q.S al-Baqarah:21)
Al-Qur'an mengistilahkan tujuan beramal ibadah ini dengan istilah ikhlas. Definisi ikhlas menurut pandangan ulama memang berbeza-beza. Namun intinya sama iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Dalam melaksanakan amal ibadah, diperlukan hati yang yaqin dalam ibadah tersebut. Namun demikian hati manusia terkadang cepat berubah mengikut kehendak semasa. Rasulullah SAW bersabda:
يا مقلب القلوب ثبت قليي على دينك.
"Wahai zat yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam mentaati ajaran agamaMu" (HR. Tirmidzi & Ibnu Majah).
Adapun faktor yang mempengaruhi perubahan hati manusia dalam menjalani kehidupan, yang paling utama ada 3 perkara:
*1. Ketaatan Dalam Melaksanakan Perintah Allah & Rasul.*
Seorang muslim yang baik akan dapat melaksanakan tanggungjawab serta ketaatan kepada Allah dan Rasulnya dengan baik. Dan Allah akan menumbuhkan perasaan dalam hati seorang Muslim tersebut perasaan taat kepada Allah dengan melaksanakan ibadah dengan yang terbaik. Sebagai bentuk penghambaan kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". (Q.S. al-Anbiyaa:25)
*2. Tipu Daya Serta Bisikan-Bisikan Syaitan.*
Cabaran seorang mukmin dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dan Rasul Nya adalah Bisikan-Bisikan syaitan serta tipu daya syaitan. Dengan berusaha sedaya upaya menghalang manusia untuk mentaati perintah Allah dan Rasul. Kerana godaan syaitan itu sentiasa ada dalam perjalanan darah yang ada pada manusia nya. Rasulullah SAW bersabda:
ان الشيطان يجرى ﻹبن آدم مجري الدم.
"Sesungguhnya syaitan berjalan (untuk menggoda anak adam) melalui pembuluh darah (saluran darah)" (HR Bukhari dan Muslim).
Tipu daya syaitan tersebut dilakukannya dengan menguasai manusia melalui akal fikirannya serta hati sanubarinya, dengan cara memperdayakan manusia dari perkara yang haram dianggap halal, perkara yang salah dianggap benar, perkara yang buruk dianggap baik. Allah SWT berfirman:
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Q.S al-Baqarah:268).
*3. Hawa Nafsu Serta Emosi Manusia.*
Sesungguhnya Allah mencipta manusia dengan diberinya nafsu dalam diri manusia tersebut, dan nafsu itu apabila tidak di kawal, ia akan dapat menjerumuskan manusia pada perkara keburukan. Firman Allah SWT dalam Surah Yusuf, ayat 53:
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Seorang muslim akan berjaya dalam hidupnya apabila dapat menundukkan serta mengendalikan hawa nafsu tersebut pada perkara-perkara kebaikan. Dengan jalan beribadah kepada Allah, berzikir, membaca Al-Qur'an, serta melakukan amalan-amalan sholeh.
Ya Allah jadikanlah kami hamba-Mu yang taat serta lembutkanlah hati kami untuk sentiasa mudah melaksanakan segala perintah-Mu. Mudah-mudahan kami menjadi hamba-Mu yang sholeh. Aamiinn !!!!
Wallahu A'lam
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...
Comments
Post a Comment