Posts

Showing posts from 2017

Seminar Keluarga Sunnah

Assalamualaikum Saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas. Baca, jangan scroll saja. Rugi besar kalau tak baca sampai habis. Sangat  bermanafaat, tapi kalau malas baca tu tak dapat nak tolong. Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik. Kita usaha sama-sama, ok? 🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu. 🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir AL-QURAN, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga. 🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, se

Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing, bahkan jadilah engkau orang yang sekadar melewati jalan (musafir)

Suatu ketika Rasul yang mulia  shallallahu ‘alaihi wa sallam  memegang pundak Abdullah bin ‘Umar radhiallahu ‘anhuma seraya berpesan dengan pesannya yang agung, كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ *“Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau orang yang sekadar melewati jalan (musafir).”* Mendapat titah yang mulia seperti ini, Abdullah bin ‘Umar radhiallahu ‘anhuma pun menasihati saudaranya seagama, إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِالْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ. *“Apabila engkau berada di sore hari, janganlah engkau menanti datangnya pagi. Sebaliknya, apabila engkau berada di pagi hari, janganlah engkau menanti datangnya sore. Ambillah (manfaatkanlah) waktu sehatmu sebelum engkau terbaring sakit, dan gunakanlah masa hidupmu untuk beramal sebelum datang kematianmu.”* Hadits ini diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rahimahullah  dalam Shahih-nya (no. 641

FENOMENA MANJA DALAM MENUNTUT ILMU

FENOMENA MANJA DALAM MENUNTUT ILMU Kadang-kadang ada di antara kita yang terlalu 'MANJA' dalam menuntut ilmu. Sedangkan susah payah dan PENGORBANAN dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar bagi keberkatan ilmu. Cuba fikirkan : a. Ada orang yang bila seseorang 'alim, ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka. Mereka MINTA GURU datang mengajar di tempat mereka. b. Bila buat di tempat mereka, mereka MINTA GURU mengajar buat pada waktu mereka cuti. c. Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu MINTA GURU yang mengajar upload ceramah ke youtube. d. Bila dah upload ke youtube, mereka komen kenapa panjang sangat, MINTA GURU buat pendek-pendek agar tidak letih menonton. e. Bila ada soalan mereka send ke email, sms, whatsapp, inbox facebook guru lalu MINTA GURU jawab dengan segera. f. Bila guru lambat balas, mereka hentam GURU sebagai sombong, berlagak selebriti. Lalu MINTA guru bertaubat. g. Bila guru membalas

HIKMAH BERIMAN KEPADA QADHA DAN QADAR

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Rabu, 13 Muharam 1439H *HIKMAH BERIMAN KEPADA QADHA DAN QADAR.* Apabila kita mengamati orang-orang di sekeliling kita, maka akan terlihat bahawa Allah SWT telah menciptakan setiap manusia dalam keadaan yang tidak sama antara yang satu dengan yang lain. Ada yang laki-laki dan ada pula yang perempuan, ada yang cantik dan ada pula yang kurang cantik. Ada yang berambut perang, berambut hitam, ada yang berambut lurus, dan ada pula yang kerinting. Ada yang berkulit putih, dan ada yang berkulit hitam. Ada pandai dan ada yang tak pandai dan sebagainya. Seseorang tidak pernah meminta dilahirkan untuk menjadi bangsa, Malaysia, Indonesia, Cina, Arab, Amerika, atau bangsa manapun. Semua itu merupakan ketetapan penciptaan Allah SWT yang kita sebut dengan takdir. Dalam kehidupan sehari-hari, setiap orang akan dihadapkan kepada kenyataan hidup yang dialaminya. Kenyataan itu kadang ada yang berbentuk posit

ADAKAH AKU ZALIM?

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Khamis, 30 Zulhijjah 1438H *ADAKAH AKU ZALIM?* Firman Allah SWT : ‎وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُون “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (kalau kamu berlaku demikian yakni cenderung) api neraka akan membakar kamu sedangkan kamu tidak ada sebarang pertolongan pun selain dari Allah. Kemudian dengan sebab cenderung itu kamu tidak akan mendapat pertolongan” (QS. Hud : 113) Dari segi lughah (bahasa) : 'zalim' dari kata asal “Zolama” yang bermaksud gelap. Dari segi istilah (syarak): Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawannya ialah adil. Abul A’la al-Maududi membahagikan kezaliman kepada tiga kategori iaitu : 1) Zalim terhadap Allah SWT, Ibu segala kezaliman. Zalim terhadap Allah bererti tidak mentaatiNya dan sebaliknya mengerjakan perkara

RAHSIA TAUHID

Allah telah menetapkan rahsia tauhid bagi sesiapa yg Dia kehendaki didunia dan diakhirat, tiada keamanan dengan sesuatu selain Allah. Barangsiapa rindu untuk bertemu denganKU, maka AKU rindu bertemu dengannya dan barangsiapa yg benci untuk bertemu denganKU, maka AKU benci bertemu dengannya....maksud hadis Qudsi Biar pun sedikit kerinduanmu itu menjadi baik-sangkamu untuk bertemu Allah, pasti Allah rindu untuk bertemumu Maka tuntutlah jalan menuju kerinduan untuk bertemu Allah Tuntut Allah kepadamu itu terdahulu daripada tuntutmu kepada Allah. Amat jauh perbezaan orang yg menyembah Allah kerana berkehendak kepada upah dan menuntut bahagian nafsunya dengan orang yg menyembah Allah kerana kehambaan dan makrifatullah. Tauhid orang-orang yg kemudian diambil daripada kitab-kitab, tauhid orang-orang yg terdahulu diuji dalam parit api! Jangan bergantung kepada sesuatu selain Allah, syirik Bergantunglah kepada Dzat Allah, tauhid Ilmu yakin dan ainul yakin masih mengandungi syirik khafi

KENAPA PERLU AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Selasa, 28 Zulhijjah 1438H *KENAPA PERLU AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR???* Islam adalah Agama yang terbaik yang Allah SWT berikan kepada umat manusia. Kebaikan Islam terletak pada dakwah umat Islam itu sendiri, jika terjadi interaksi untuk saling mengajak manusia pada jalan kebaikan dan mencegah manusia dari jalan kemungkaran. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-Imran, ayat 110: ‎كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan k

BOTOL

Botol... 🍶🍶 1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...💰 2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...💰💰 3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...💰💰💰 4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.💰💰💰💰💰 5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yang suka.💸💸 Botol yang sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza... Begitu juga kita... kita semua sama... kita semua manusia, yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita... yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka... Renungan untuk hari ini... Nilai Duit.......💲💲💲 -💲Duit... tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati. -💲 Duit... tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit. -💲Duit... tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena. -💲Dui

UNTUK APA AKU DILAHIRKAN

UNTUK APA AKU DILAHIRKAN Untuk suatu alasan aku lahir, tumbuh membesar, bermodalkan beberapa tahun kemudian mati. Adakah sekadar itu? Tidak mungkin, kerana haiwan juga adalah seperti itu. Bagaimana mungkin manusia dan haiwan mempunyai tujuan hidup dan mati yang sama. Aku mula mencari jawapan dengan mengenali dari mana asalku, dimana aku sekarang dan kemana halatujuku. Berpandukan wahyu dan sabdaan, tahulah aku bahawa hakikat diriku bukanlah yang aku lihat pada rupa zahir ini, bentuk yang hanya lahir beberapa tahun yang lepas dengan anggota-anggota badan yang lengkap untuk menjadi kenderaan kepada diriku. Hakikat diriku adalah suatu yang tak dapat kulihat, yang menunggang tubuh kasar ini selama berada didunia. Ia berada dalam jasadku. Ia-lah sebenarnya yang merasa, memandang dan mendengar. Itulah "roh" yang berasal dari alam arwah. Roh yang dahulunya pernah menyaksikan Allah ketika perjanjian "Alastu" diambil dari semua roh. Roh yang mendengar kalam Allah yang M

HARI INI

*Hari ini* ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah *tiga suasana* di rumah2 di seluruh dunia: 1) Suasana *Pawagam* TV dan Audio yang besar2.. karaoke2.. video2 games. Anak2 dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV...menangis bila tengok drama2... ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak2 terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas2. 2) Suasana *Hotel* Rumah yang dihias mewah2 seperti Hotel, berhawa dingin...setiap tahun tukar sofa baharu.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah. 3) Suasana *Restoran* Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran...mewah...setiap saat dalam kekenyangan....fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dengan makanan....aiskrim...dan pembaziran berlaku dengan begitu ba

JUJURKAH KITA

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Selasa, 29 Zulkaedah 1438H *JUJURKAH KITA!!!* Kejujuran merupakan sifat yang terpuji dalam akhlak Islam. Allah SWT memerintahkan hambaNya untuk menjadi manusia yang jujur dalam menjalani kehidupan. Firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah At-Taubah, ayat 119: ‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar". Ayat di atas menyuruh umat Islam untuk menjadi umat yang jujur. Ada pepatah yang salah mengatakan: kalau terlalu jujur akan hancur, kalau terlalu jujur akan lebur. Padahal pepatah yang betul adalah: kalau jujur menjadi subur, kalau jujur menjadi makmur. Abu Bakar di beri gelaran oleh Rasulullah SAW dengan nama "Ash-Shiddiq" Maknanya orang yang sangat jujur. Oleh kerana itu, kejujuran yang dilakukan dalam k

NIKMAT ALLAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Rabu, 23 Zulkaedah 1438H *NIKMAT ALLAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN.* Sebagai seorang muslim yang taat kepada perintah Allah, salah satu bentuk ketaatan kita kepada Allah adalah dengan mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita. Begitu banyak nikmat Allah yang telah diberikan kepada kita, yang kita tidak akan dapat menghitung jumlah nikmat tersebut. Allah SWT berfirman Surah Ibrahim, ayat 34: ‎وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. Dari ayat di atas mengisyaratkan bahawa manusia yang kufur dan i

BAGAIMANA KEADAAN SEGUMPAL DARAH (HATI)

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Khamis, 10 Zulkaedah 1438H *BAGAIMANA KEADAAN SEGUMPAL DARAH (HATI)!!!* Matlamat utama dalam melaksanakan amal ibadah dalam ajaran Islam adalah mencapai redha Allah dengan keikhlasan hati dalam melaksanakannya. Agar Allah menjadikan kita hamba yang bertaqwa. Firman Allah SWT: ‎يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (Q.S al-Baqarah:21) Al-Qur'an mengistilahkan tujuan beramal ibadah ini dengan istilah ikhlas. Definisi ikhlas menurut pandangan ulama memang berbeza-beza. Namun intinya sama iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam melaksanakan amal ibadah, diperlukan hati yang yaqin dalam ibadah tersebut. Namun demikian hati manusia