RAHSIA TAUHID
Allah telah menetapkan rahsia tauhid bagi sesiapa yg Dia kehendaki didunia dan diakhirat, tiada keamanan dengan sesuatu selain Allah.
Barangsiapa rindu untuk bertemu denganKU, maka AKU rindu bertemu dengannya dan barangsiapa yg benci untuk bertemu denganKU, maka AKU benci bertemu dengannya....maksud hadis Qudsi
Biar pun sedikit kerinduanmu itu menjadi baik-sangkamu untuk bertemu Allah, pasti Allah rindu untuk bertemumu
Maka tuntutlah jalan menuju kerinduan untuk bertemu Allah
Tuntut Allah kepadamu itu terdahulu daripada tuntutmu kepada Allah.
Amat jauh perbezaan orang yg menyembah Allah kerana berkehendak kepada upah dan menuntut bahagian nafsunya dengan orang yg menyembah Allah kerana kehambaan dan makrifatullah.
Tauhid orang-orang yg kemudian diambil daripada kitab-kitab, tauhid orang-orang yg terdahulu diuji dalam parit api!
Jangan bergantung kepada sesuatu selain Allah, syirik
Bergantunglah kepada Dzat Allah, tauhid
Ilmu yakin dan ainul yakin masih mengandungi syirik khafi, hakkul yakin baru mendapat tahkik
Orang salik mesti memiliki ilmu yakin dan ainul yakin
Kesudahan Wasil hakkul yakin iaitu yakin dari Allah secara langsung tanpa hijab
Ketika itu ia akan tahkik diatas takdir Allah diazali
Masing-masing ilmu ada ahli zamannya
Permulaan perjalanan melalui zikir sehingga asyik-mabuk dalam mengingati Allah
Karam dalam zikir sehingga fana makhluk, hilang sekalian alam didalam Keagungan Dzat Allah
Jarang-jarang manusia yg dapat menyelami lautan Keesaan Allah
Lautan Ahadiyah, lautan Ketuhanan yg amat luas tiada kesudahan
Semua itu terkandung didalam rahmat Allah yg azaliyah semata-mata
Kamu dari tiada, maka diciptakan kamu
Dimanakah kamu sebelum Allah menciptakan kamu?
Tiada yg Wujud didalam alam ini melainkan Allah
Ahli tauhid hakiki tidak tertipu dengan segala sesuatu selain Allah
Allah tidak berhajat kepada sekalian makhlukNya, bahkan sekalian makhluk berhajat kepadaNya
Dia Maha Kaya lagi Maha Terpuji
Segala amalmu itu bermula daripada Allah bukan daripada dirimu
Allah yg menjadikan kamu dan barang perbuatanmu
Bersyukurlah engkau dihadrat Allah
Mohonlah bantuan dan pertolongan Allah
Mohonlah rayuan dengan lidah keuzuranmu kepada Allah dengan kefakiran dan rendah diri
Segala amalan zahir dan batin kembali kepada rahsia mentauhidkan Allah
Maka sia-sialah segala amalan yg tiada didalamnya rahsia mentauhidkan Allah
Zahir berpakaian dengan Syariat Nabi S.A.W dan batin berpakain dengan tauhid kepada Allah
Fana binasa selain Allah dan baqa kekal dengan Allah
Iaitu Insan kamil yg sempurna perjalanan menuju kepada Allah, Tuhan sekalian alam
Kepada Tuhanmu kesudahan yg dituntut
Setinggi-tinggi martabat manusia adalah Makrifatullah
Segala sesuatu binasa melainkan Allah
Selain Allah bukan Tuhanmu
Bukan tujuanmu
Bukan tempat kediamanmu
Tempat kediamanmu adalah Disisi Dzat Yg Maha Esa
Semoga Allah memimpin kamu dan aku kepada jalan Makrifatullah yg sebenar
Pengakuan Nabi dan Wali adalah suatu rahmat daripada Allah untuk umat manusia
Wali ialah orang yg dilantik oleh Allah secara langsung tanpa orang tengah
Pengakuan Wali yg terakhir adalah dari Imam Al-Mahdi
Insan Kamil adalah orang yg telah melintasi Martabat Tujuh
Orang yg telah keluar daripada lautan Ahadiyah kepada daratan Syahadah
Kenderaannya adalah zikrullah
Dia meninggalkan alam Syahadah menuju kepada alam Misal
Daripada alam Misal dia menuju kepada alam Arwah
Daripada alam Arwah dia menuju kepada alam Wahidiyah
Daripada alam Wahidiyah dia menuju kepada alam Wahdah
Daripada alam Wahdah dia menuju kepada alam Ahadiyah
Dia tenggelam didalam Keesaan dan Keagungan Allah
Dia telah mendapat anugerah rahsia-rahsia Kalamullah
Dia telah mendapat anugerah Hakikat Syahadah
Dia mendengar seluruh alam ini menyatakan rahsia AKU ALLAH!
Dia telah mendapat anugerah Tajali Pengakuan daripada Allah
Dia telah mendapat anugerah pangkat Kewalian daripada Allah
Dia telah mendapat tugas daripada Allah
Dia diturunkan semula kepada alam Syahadah
Menjadi Khalifah Allah yg memegang rahsia-rahsia Allah
Tubuhnya bersama makhluk dan rohnya bersama Allah
Syariat Nabi adalah pakaiannya
Hakkul-Yakin sebagai pegangan Tauhidnya
Insan Kamil ialah manusia yg sempurna perjalanannya kepada Allah
Tanya olehmu kepada orang yg Wasil
Masing-masing ilmu ada ahli zamannya
Adab yg paling besar itu ialah menjaga hatimu mengingati Allah. Rahmat Allah amat luas, maka jangan engkau berputus asa. Allah serta engkau dimana ada engkau, jangan batas Allah dengan tempat dan masa, sembahlah Allah disetiap tempat dan masa. Allah lebih dekat daripada urat lehermu, tiada antaramu dan antara Allah itu antara. Mengadulah kepada Allah, kerana Allah suka mendengar segala pengaduanmu. Selamatlah orang yg hatinya sentiasa berhadap kepada Dzat Allah dalam senang dan susah. Tiada Tuhan selain Allah, sabarlah, ridhalah, serahkanlah seluruh dirimu kepada Allah, tiada pergantungan kepada sesuatu selain Allah. Allah-lah yg menghidupkanmu, Allah juga yg mematikanmu, Allah yg menanggung rezeki seluruh makhlukNya. Hiduplah bersama Allah, matilah bersama Allah, bangkitlah daripada kubur bersama Allah, disyurga engkau bersama Allah, tiada ruang untuk selain Allah dan cucilah hatimu bersungguh-sungguh daripada segala sesuatu selain Allah sehingga engkau menjadi hamba yg merdeka.
Jgn engkau buka kedua matamu melainkan melihat ALLAH
Jgn engkau mendengar melainkan mendengar KALAMULLAH
Jgn engkau melangkah melainkan menuju kpd ALLAH
Jgn engkau terpegun dan terpesona melainkan kpd ALLAH
_Berbaik-sangkalah kepada Allah dan kepada hamba-hamba Allah._
_Barang siapa yang berbaik sangka kepada Allah, maka Allah akan melapangkan hatinya dengan rahsia-rahsia Makrifatullah._
_Pandanglah Allah pada tiap-tiap sesuatu yang dipandang._
_Itulah pandangan yang benar lagi membenarkan.
Merdekakanlah keyakinan tauhidmu daripada segala sesuatu selain Allah
Tiada siapa pun yg dapat mengubah keyakinan tauhidmu kepada Allah melainkan Allah
Ramai manusia menyembah Allah didalam keadaan dzon
Bersabarlah bersama orang-orang yg menyeru Tuhanmu pagi dan petang demi untuk mencari keridhaan Allah.
Jamal, Jalal dan Kamal Allah pada alam
Ilmu Ketuhanan memerlukan kesabaran yg hakiki
Bersabarlah bersama Allah
Orang yg mengambil dalil dengan alam adalah iman yg subhah
Berubah-ubah keyakinannya mengikut perubahan dalil pada alam
Orang yg mengambil dalil dengan Allah keyakinan hakiki yg tiada perubahan.
Rahsia Allah amat luas, tidak tercapai oleh segala akal manusia melainkan dengan petunjuk Allah
Berbaik-sangkalah kepada Allah walaupun pengakuanmu itu masih dusta
Sesuatu yg diberikan oleh Allah bagimu, maka tiada sesiapa yg dapat menahannya dan sesuatu yg ditahankan oleh Allah bagimu, maka tiada sesiapa yg dapat memberikannya
Janganlah engkau yakin kepada sesuatu melainkan kepada Allah
Keyakinanmu kepada selain Allah adalah batil dan keyakinanmu kepada Allah adalah hak
Didalam ketauhidan tiada sesiapa pun bersamamu melainkan Allah
Lebur segala sesuatu didalam keesaan Allah
Tiada Tuhan melainkan Allah.
- BUTA SELAIN ALLAH
Comments
Post a Comment