ADAKAH AKU ZALIM?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Khamis, 30 Zulhijjah 1438H
*ADAKAH AKU ZALIM?*
Firman Allah SWT :
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُون
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (kalau kamu berlaku demikian yakni cenderung) api neraka akan membakar kamu sedangkan kamu tidak ada sebarang pertolongan pun selain dari Allah. Kemudian dengan sebab cenderung itu kamu tidak akan mendapat pertolongan” (QS. Hud : 113)

Dari segi lughah (bahasa) : 'zalim' dari kata asal “Zolama” yang bermaksud gelap.
Dari segi istilah (syarak): Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawannya ialah adil.
Dari segi istilah (syarak): Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawannya ialah adil.
Abul A’la al-Maududi membahagikan kezaliman kepada tiga kategori iaitu :
1) Zalim terhadap Allah SWT, Ibu segala kezaliman. Zalim terhadap Allah bererti tidak mentaatiNya dan sebaliknya mengerjakan perkara dilarangNya. Contoh, disuruh usap kepala anak yatim tapi yang diusapnya, anjing juga!
2) Zalim terhadap makhluk atau terhadap orang lain seperti menyakiti, merampas dan menceroboh haknya. Contoh, menuduh diliwat tapi bukti 'macam' minta sangat diliwat !
3) Zalim terhadap diri sendiri. Setiap orang mempunyai hak peribadi yang harus ditunaikan. Contoh, mandi. Tak mandi beberapa hari sebab nak simpan bukti, zalim pada diri sendiri lah tu !

Seorang ulama dan ahli sufi yang terkenal bernama Sufyan Ats-Tsuri mengatakan terdapat 10 sifat orang Islam yang zalim (kepada orang lain). Sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut:
1- Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan orang-orang mukmin yang lain.
2- Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca 100 ayat.
3- Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
Dari Abi Qatadah As-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.” (HR : Bukhari)

4- Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5- Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak solat jemaah (Solat Jumaat)
6- Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba dia tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7- Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu (satu sama lain).
8- Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Hak Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam". Baginda ditanya: "Apakah hak-hak tersebut, Ya Rasulullah?" Jawab baginda:
1) Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2) Jika dia mengundangmu, penuhilah undangannya.
3) Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4) Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5) Jika dia sakit, maka ziarahilah dia.
6) Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah jenazahnya hingga ke kubur (HR : Muslim)

9- Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan (adab/akhlak).
10- Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi sebahagian kecil dari makanannya itu. Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Tidak beriman kepadaku orang yang bermalam dengan kenyang sementara jirannya lapar padahal dia mengetahui hal itu." (HR : Al-Bazzar)
Agaknya zalimkah tazkirah yang kadang-kadang ditulis agak panjang-panjang?
Wallahu a'lam - Lagi zalim rasanya kalau langsung tak baca, walaupun ditulis yang pendek-pendek. ^^
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...
Comments
Post a Comment