REZEKI DATANG BERGOLEK

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

TANYALAH USTAZ TV9 (Da'i Hadhari & Ustaz Dr. Mohd Nidzam Abd. Kadir)

REZEKI DATANG BERGOLEK?

Rezeki datang daripada Allah.
Allah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang Allah kehendaki dan Allah boleh sempitkan rezeki kepada sesiapa yg Allah kehendaki.
Nak rezeki, minta dengan Allah kerana Allah maha pemberi rezeki.

BAGAIMANA SYUKUR TERHADAP REZEKI?
Syukur bermaksud menggunakan nikmat pemberian Allah pada perkara yang Allah redha.
Ucap Alhamdulillah sahaja belum cukup.
Walaupun kita tak sebut Alhamdulillah tapi kita buat apa yang Allah redha (contoh pergi masjid dengan rezeki nikmat sihat yang Allah beri) Inilah tanda syukur yang sebenarnya.

APAKAH BENAR REZEKI YANG BERSUSAH PAYAH UNTUK KITA DAPATKAN LEBIH BERTAHAN LAMA DAN REZEKI YANG MUDAH DAPAT AKAN CEPAT HABIS?
Waallahualam, semua ini bergantung pada cara orang yang menggunakkannya.
Rezeki itu bergantung pada manusia yang manfaatkan rezeki itu.

APAKAH BETUL REZEKI ITU DATANG BERGOLEK?
Rezeki tak akan dapat dengan begitu mudah.
Kita mesti berusaha untuk mendapatkan rezeki.
Memang rezeki Allah jamin tapi usaha untuk dapatkan rezeki itu dari kita.
Seperti burung yang Allah jamin rezeki untuknya tapi burung kena berusaha terbang untuk dapat rezeki yang telah Allah jamin.

BAGAIMANA CARA YANG SEPATUTNYA UNTUK DAPATKAN REZEKI?
Rezeki ada dua, rezeki yang halal dan rezeki yang haram.
Sebagai umat Rasulullah, kita mesti cari rezeki yang halal bukan dari sumber yang haram.
Rezeki yang berkaitan dengan arak dan riba, mesti ditolak.
Tak kira kerja apa pun yang penting halal.
Kadang² rezeki itu halal tapi kita tak berzakat, ini tidak dapat membersihkan rezeki.

SETIAP REZEKI ANUGERAH ALLAH, APAKAH AMALAN UNTUK JEMPUT REZEKI DAN BENARKAH SURAH WAQIAH SURAH UNTUK MENJEMPUT REZEKI?
Ya, sesiapa yang membaca surah Waqiah pada tiap² malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran dan kemiskinan selama-lamanya (ini dijamin oleh Rasulullah)
Solat dhuha ialah cara kita bersedekah sendi² kita.
Rezeki tersangkut dengan sebab kita tak bersedekah.
PAGI² ADA DUA MALAIKAT AKAN BERDOA "YA ALLAH BERILAH KEMUSNAHAN PADA ORG YANG TAK BERSEDEKAH". DAN ADA SATU MALAIKAT AKAN BERDOA "YA ALLAH BERILAH ORANG YANG BERSEDEKAH KEBAIKAN."

ADAKAH BERDOSA KITA POST REZEKI (naik pangkat) DILAMAN SOSIAL?
Boleh ceritakan nikmat yang Allah beri (boleh cerita pada kawan²) dan minta kawan² doakan.
Tidak dilarang tapi jangan berlebihan sangat.
Contoh post makanan setiap kali makan.
Kadang² mungkin boleh buat orang iri hati atau terasa hati.

SAYA TERJUMPA WANG RM50 DITEPI JALAN, APAKAH INI REZEKI DATANG BERGOLEK?
Ini bukan rezeki kita.
Duit itu kita kena istiharkan/umumkan sebanyak 3 kali jika tak ada orang punya, baru boleh guna dan jika tuannya tuntut kita kena pulangkan balik.

KITA SUKA DAPAT REZEKI BANYAK, REZEKI YANG TAK DISANGKA-SANGKA, APAKAH INI REZEKI YANG DATANG BERGOLEK ATAU MEMANG SUDAH TERTULIS?
Rezeki sudah ditetapkan Allah.
Pada usia janin 4 bulan, Allah hantarkan malaikat untuk tetapkan rezekinya.
Bila kita dapat sesuatu yang tak disangka (contoh tanah kita terbiar dan kerajaan ambil buat lebuhraya) Inilah rezeki dari Allah.
Segala yang berlaku dari kehendak dan izin Allah.

APAKAH BENAR ORANG YANG BERTAQWA DAPAT REZEKI TANPA BERUSAHA?
Kita mesti berusaha mencari rezeki.
Dan Allah kata sesiapa yang bertaqwa pada Allah, Allah akan beri jalan keluar dan Allah beri rezeki yang tidak disangka-sangka.
Ini janji Allah.
Kadang² kita salah faham duit itu rezeki semata-mata.
Kesihatan yang baik, anak², pasangan yang baik itu semua rezeki.

KITA TAK TAHU KETETAPAN ALLAH.
SIHAT DAN SAKIT ITU KETENTUAN ALLAH.
ITU SEMUA ILMU ALLAH.
TAPI KALAU KITA JAGA KESIHATAN, IN SHAA ALLAH, KITA SIHAT INILAH IKTHIAR KITA.
BILA KITA DAH IKHTIAR DAN KITA DAPAT REZEKI, BARU KITA AKAN KATA INILAH REZEKI YANG ALLAH TAKDIRKAN.

LORI YANG TERBALIK DAN ADA IKAN, APAKAH INI REZEKI YANG BERGOLEK?
Seelok-eloknya kita kumpulkan ikan itu dulu.
Lepas pemilik lori datang dan suruh ambil, barulah boleh kita ambil.
Jangan terus ambil, takut kita terambil hak orang.

ADA ORANG KATA AKU TAK SOLAT TAPI DAPAT JUGA REZEKI, BAGAIMANA USTAZ?
Yang sangat² kaya adalah Qarun.
Qarun dari umat Nabi Musa.
Qarun sangat melampau kerana Qarun kata kekayaan ini kerana ilmu aku.
Ada golongan yang derhaka tapi Allah beri juga rezeki.
Allah kata nikmat kekayaan ini adalah tipu daya dunia.

APA HUKUM REZEKI DATANG BERGOLEK KERANA KEPANDAIAN SESEORANG DARI PERADUAN?
Jika peraduan (teka silangkata/teka bola)tak ada unsur judi, ini dibolehkan.

APAKAH REZEKI INI BERKONSEP HARTA SAHAJA DAN BAGAIMANA ADA ORANG YANG BERAKHLAK BURUK TAPI REZEKI BANYAK?
Rezeki bukan harta semata-mata.
Kesihatan dan masa lapang itu juga rezeki.
Dapat jiran yang baik, dapat kawan² yang baik itu juga rezeki.
Ada orang kereta buruk tapi rezekinya ada pada benda lain.
Ya, orang yang berakhlak buruk tapi rezeki banyak, ini adalah ujian.
Samada dia nak insaf atau tidak.
Ini juga istidraj.

CUKUPKAH HIDUP BERDOA DAN BERTAWAKKAL TANPA USAHA?
Tak boleh sekadar bertawakkal.
Kita mesti berazam, berusaha dan bertawakkal.
Bila dah berusaha baru bertawakkal.
Pada zaman Saidina Umar, ada seorang duduk sahaja di masjid tanpa kerja hanya bertawakkal dan Saidina Umar suruh dia berusaha.
USAHA CARI REZEKI ITU ADALAH IBADAH.

HARAMKAH MAKAN DUIT JUMPA?
Bila dah termakan guna duit jumpa, kita sedekahkanlah atas tuan punya duit tersebut dengan menggunakan duit kita.
Pahalanya akan disalurkan pada tuan punya duit yang kita jumpa itu.

BAGAIMANA REZEKI YANG DIBERKATI?
Rezeki yang diberkati adalah rezeki yang mendorong kita banyak buat kebaikan (contoh dengan rezeki yang berkat itu boleh bawa kita ke masjid, boleh tolong orang buat kebajikan)
Ada orang gaji banyak tapi tak dapat nak pergi umrah, ini kerana rezekinya kurang keberkatan.

APAKAH MENINGGAL DI MEKAH ITU JUGA REZEKI?
Ya, ada kelebihan mati di Mekah dan di Madinah degan syarat dia beriman dan beramal soleh.
Mereka akan dibangkitkan dalam keadaan aman di akhirat.
Begitu juga orang yang mati pada malam jumaat atau hari jumaat itu juga ada kelebihan.
Ini juga adalah rezeki.

SAYA SEORANG SURI RUMAHTANGGA, APAKAH DENGAN BERDOA SAHAJA SUDAH CUKUP MENJEMPUT REZEKI?
Uruskan rumahtangga itu juga perkerjaan yang mulia.
Sudah memadai berdoa untuk menjemput rezeki.

APAKAH REZEKI MELALUI TELEPON, HARAM?
Kalau dalam perniagaan tidak ada unsur² haram, ini dibenarkan.
Jadi haram bila kita menipu dalam perniagaan.
Secara umumnya berniaga dengan menggunakan telepon adalah harus.

ORANG YANG DIBERI ANUGERAH KERANA MENGENANGKAN JASA, APAKAH INI REZEKI YANG DATANG BERGOLEK?
Ini adalah benda yang baik dan halal.
Ini rezeki yang Allah takdirkan.

REZEKI TAK DATANG BERGOLEK, BAGAIMANA DENGAN SKIM CEPAT KAYA?
Perlu berhati-hati.
Tak akan ada orang nak bagi duit pada kita dengan mudah.

SAYA DAPAT REZEKI BERSOLAT JEMAAH DALAM WAKTU KERJA, BAGAIMANA USTAZ?
Dia tak boleh tinggalkan pejabat pada waktu kerja untuk bersolat jemaah.
Kalau bos izinkan, tidak menjadi masalah.

REZEKI PEMBERIAN ALLAH DAN KITA MESTI BERUSAHA MENCARI REZEKI, BERDOA DAN BERTAWAKKAL.
PASTIKAN REZEKI ITU HALAL UNTUK DAPAT KEBERKATAN.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Comments

Popular posts from this blog

LELAKI BOLEH TAHU TENTANG PEREMPUAN

Thabat (constancy) dan Murunah (flexibility)

TAQARRUB & MURAQABAH