JALAN MENUJU INSAN MUHSININ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Selasa, 01 Jamadil Akhir 1438H
Di zaman yang serba moden ini, banyak sekali hal2 yang ditawarkan kepada kita dalam bentuk informasi yang menarik samada yang buruk mahupun yang baik. Semuanya mudah diakses secara cepat dan tidak ada batasan usia siapa saja boleh mengakses semua informasi tersebut di internet.
Namun demikian kita harus waspada dengan kemudahan teknologi tersebut, ada yang akan memberi kesan positif ataupun negatif, kita sendiri yang harus pandai menapis informasi tersebut agar dapat diambil manfaat bagi meningkatkan amalan ibadah kita.
Tazkirah kali ini, In shaa Allah ingin bercerita sedikit tentang ”Jalan menuju insan Muhsinin” semoga ianya akan dapat memberi informasi kepada kita, serta mengingatkan kembali, untuk memperbaiki ibadah kita menuju insan yang Muhsinin .
*Apa itu MUHSININ ???*
MUHSININ adalah kata jama’ dari kata muhsin, yang asal katanya adalah ahsana -yuhsinu - ihsana, yang bererti berbuat baik - kebaikan. Jadi makna muhsinin adalah orang-orang yang sentiasa berbuat kebaikan.
Makna muhsinin bermakna dengan “hamba Allah yang dermawan”. Sementara kalau kita mendalami erti umum muhsinin itu maknanya adalah orang-orang baik.
Jadi, Muhsinin, adalah orang-orang yang bertaqwa, yang sentiasa menginfaqkan hartanya di jalan Allah, baik dalam keadaan lapang mahupun dalam keadaan sempit, bahkan menyisihkan khusus dari hartanya untuk orang yang meminta-minta dan tak berpunya.
Muhsinin juga dapat dimaknakan dengan orang-orang yang dapat menahan amarah serta sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Tetap dalam kesabaran di dalam menghadapi semua keadaan, baik dalam keadaan susah mahupun dalam keadaan senang dan bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan perintah Allah SWT.
Adapun langkah-langkah untuk menuju insan Muhsinin adalah sebagai berikut:
*1. Memperbanyakkan Taubat Kepada Allah SWT.*
Bertaubat kita kepada Allah dari dosa-dosa kita. Angkat kedua tangan untuk berdoa pada waktu solat kita kerana itulah saat yang paling utama ketika Allah SWT memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeruNya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepadaNya.
Allah SWT berfirman dalam Al Quraan Surat Ali Imran ayat 133:
*وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ*
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa".
Juga firman Allah SWT dalam Surah At-Tahrim, ayat 8:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ ٌ
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu".
*2. Melakukan Amalan Dengan Ikhlas.*
Setiap ibadah yang dilakukan oleh seorang muslim haruslah berpangkal kepada Keikhlasan, ketaqwaan, dan penghambaan kepada Allah SWT. Dalam hal ini Allah SWT berfirman dalam Surah Az-Zumar, ayat 2:
*إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ*
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadat hanya kepadaNya".
Sebahagian manusia menyangka bahawa keikhlasan itu hanya ada dalam perkara-perkara ibadah semata seperti solat, puasa, zakat, membaca al-Qur’an, haji dan amal-amal ibadah lainnya.
Namun sebenarnya keikhlasan itu juga harus ada dalam amalan-amalan yang berhubung dengan muamalah.
Ketika tersenyum terhadap saudara saudaramu, kita harus ikhlas. Ketika mengunjungi saudaramu, kita harus ikhlas. Ketika meminjamkan barang kepada saudara kita pun harus ada keikhlasan dan kita lakukan itu semua kecuali semata-mata hanya kerana Allah.
*3. Memperbanyakkan Sabar.*
Kita selalu mendengar orang memberi kata penghibur ketika ada seseorang yang berduka, atau merasa kurang beruntung dalam suatu hal. Dengan mengucapkan ”Bersabarlah kerana orang sabar itu disayang Allah SWT dan dengan sabar itulah kita akan berhasil atau memperolehi keberuntungan”.
Allah SWT berfirman dalam Al-Qur'an surah Ali Imran ayat 200:
*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ*
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)".
*4. Tawakal (Berserah Diri Kepada Allah).*
Berserah diri dalam hal ini bermaksud menyerahkan segala urusah hanya kepada Allah SWT. Inilah ciri orang yang bersifat Muhsin.
Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an dalam Surah Ali-'Imran, ayat 122:
*إِذْ هَمَّت طَّائِفَتَانِ مِنكُمْ أَن تَفْشَلَا وَاللَّهُ وَلِيُّهُمَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ*
(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal".
Allah SWT juga berfirman dalam Surah At-Talaq, ayat 3:
ُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
"Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu".
*5. Jujur Dalam Menjalani Kehidupan.*
Siddiq bererti benar dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Siddiq merupakan sifat utama yang wajib diamalkan oleh semua orang Islam di dalam menjalani kehidupan. Sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah Al-Ahzab, ayat 70:
*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا*
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat /jujur (dalam segala perkara)".
Semua orang Islam diwajibkan mempunyuai akhlak yg mulia dengan kejujuran, kerana Rasululullah SAW diutus ke dunia tiada lain untuk mengajarkan umat manusia berakhlak mulia dalam hubungannya dengan Allah SWT dan dengan sesama manusia mahluk ciptaanNya.
*6. Saling Memaafkan Terhadap Sesamanya Dengan Bersilaturahim.*
Islam mengajarkan kepada umatnya untuk memberikan maaf kepada sesamanya, dengan memberi maaf ada kesempatan bagi kita untuk menumbuhkan rasa kasih sayang, mempererat tali persaudaraan dan membina kembali ukhuwah islamiah diantara kita.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 1:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".
Ya Allah jadikan kami hamba yang bersifat muhsinin dalam pandanganMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...
Comments
Post a Comment