TARBIYAH HIDUP DALAM IBADAH PUASA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Khamis, 13 Ramadhan 1438H
*TARBIYAH HIDUP DALAM IBADAH PUASA.*
Allah SWT tidak menurunkan satu-satu syariat kepada umat manusia, melainkan dengan menyertakan hikmah yang terdapat di dalam syariat tersebut.
Solat misalnya, disyariatkan oleh Allah SWT agar mendidik manusia untuk menjauhkan diri dari perbuatan keji dan kemungkaran. Zakat mendidik manusia untuk bersikap dermawan terhadap sesama manusia. Haji mendidik manusia untuk mengembangkan kesedaran manusia sebagai umat yang satu di hadapan Allah SWT.
Begitu juga dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, juga memiliki banyak manfaat pada kesihatan fizikal, mental maupun spiritual. Puasa juga bertujuan untuk menjadi peribadi muslim yang bertakwa.
Disamping itu juga puasa banyak memiliki sisi tarbiyah dalam kehidupan umat Islam di antara tarbiyah tersebut adalah sebagai berikut:
*1. Puasa mendidik hati dan jiwa manusia untuk menjadi peribadi yang ikhlas dalam melakukan suatu amalan.*
Iaitu melakukan segala sesuatu dengan tujuan kerana Allah SWT semata-mata. Hal tersebut bermaksud bahawa sah dan tidaknya, batal dan tidaknya, ikhlas dan tidaknya, yang mengetahui hal tersebut hanya orang yang berpuasa tersebut dengan Allah SWT.
Maka dengan puasa, hendaknya setiap orang dapat mengembangkan seluruh perbuatannya dengan berorientasi ibadah hanya kepada Allah SWT semata-mata.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Bayyinah, ayat 5:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
"Dan mereka tidak disuruh kecuali untuk menyembah Allah SWT dengan ikhlas memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan Solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus." (QS. Al-Bayyinah: 5).
*2. Puasa mendidik kita untuk memberi fokus pada kehidupan akhirat.*
Di sela-sela kesibukan manusia dengan urusan dunia. Maka orang yang berpuasa bukan hanya rela menahan diri dari keperluan makan, minum, dan seksualnya.
Lebih dari itu, manusia juga belajar untuk mengawal penglihatannya, pembicaraan, pendengaran, perbuatan dan hatinya demi untuk menggapai redha Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam Surah Ad-Dhuha, ayat 4:
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ
"Dan sesungguhnya hari kemudian (akhirat) itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan)". (QS. Ad-Dhuha: 4).
*3. Puasa mendidik kita sebagai peribadi yang semangat dalam beribadah kepada Allah SWT.*
Hal ini dapat melaksanakan ibadah dengan tanpa melakukan bantahan, sanggahan, dan keberatan apapun bila diperintah oleh Allah SWT. Hal tersebut kerana ketundukan dan kepatuhan.
Ibadah juga merupakan fitrah manusia dalam hidup yang sejalan dengan ketundukan seluruh makhluk kepada Tuhannya.
Maka orang yang berpuasa akan menunaikan ibadahnya sesuai dengan syariat Allah SWT sebagai bentuk ketundukan dan ibadah kepada Tuhan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Adh-Dhariyat, ayat 56:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (QS. Adz-Dzariyat: 56).
*4. Puasa mendidik kita agar memiliki rasa kebersamaan.*
Puasa di bulan dapat mendidik jiwa, agar memiliki rasa kebersamaan terhadap sesama muslim di dalam menjalankan kebajikan, sebab dengan kebersamaan tersebut ibadah puasa yang pada asalnya berat menjadi ringan.
Kewajipan puasa yang mengenai pada setiap jiwa muslim yang baligh menjadikan sifat dari ibadah puasa yang berat tersebut akan menjadi ringan kerana setiap peribadi merasakan kebersamaan
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan puasa ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi insan yang bertakwa." (QS. Al-Baqarah: 183).
*5. Puasa mendidik manusia agar selalu ingat kepada kaum fakir dan miskin.*
Dengan ketaatan kita kepada Allah SWT dalam berpuasa, dapat menahan rasa lapar dan dahaga dan mungkin sebahagiannya lagi akan merasa lemah untuk beraktiviti.
Hal tersebut merupakan salah satu cara untuk ikut merasakan perasaan yang sama yang dirasakan oleh kaum fakir miskin yang mereka lapar setiap hari.
Jika puasa yang kita lakukan berhasil mendidik diri kita mencapai lima perkara tersebut dan dapat mempraktikkannya pada saat dan di luar bulan puasa, maka kiranya dapat dikatakan bahwa puasa kita tidak keluar dari maksud dan tujuannya asal puasa yang sebenarnya iaitu menjadi insan yang bertaqwa.
Ya Allah jadikan puasa kami pada kali ini dapatlah kiranya mengajar dan mentarbiah kami menjadi insan yang sedar terhadap kelemahan dan kekurangan diri. Dan Mudah-Mudahan puasa kami dapat diterima sebagai amal soleh kami d dunia untuk kami bawa nanti pada hari kiamat. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam...
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...
Comments
Post a Comment