ADAKAH AKU ZALIM?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Khamis, 30 Zulhijjah 1438H *ADAKAH AKU ZALIM?* Firman Allah SWT : وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُون “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (kalau kamu berlaku demikian yakni cenderung) api neraka akan membakar kamu sedangkan kamu tidak ada sebarang pertolongan pun selain dari Allah. Kemudian dengan sebab cenderung itu kamu tidak akan mendapat pertolongan” (QS. Hud : 113) Dari segi lughah (bahasa) : 'zalim' dari kata asal “Zolama” yang bermaksud gelap. Dari segi istilah (syarak): Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawannya ialah adil. Abul A’la al-Maududi membahagikan kezaliman kepada tiga kategori iaitu : 1) Zalim terhadap Allah SWT, Ibu segala kezaliman. Zalim terhadap Allah bererti tidak mentaatiNya dan sebaliknya mengerjakan perkara