Bahana Santau. Kisah Ustaz K. E.
"Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih berdiri di pintu sambil tersenyum..." - Ustaz K. E. April 17, 2017 berita KISAH santau menyantau atau menujukan ilmu hitam kepada orang tertentu bukanlah cerita yang pelik meskipun di zaman moden ini Malah ada manusia yang sanggup menjadi pembunuh dengan meminta pertolongan daripada jin dan syaitan bagi membalas dendam kepada manusia lain menggunakan cara halus begini. Mereka yang ditimpa musibah jatuh sakit disebabkan sihir santau pula, tak semestinya orang biasa malah ustaz yang diketahui tinggi ilmu agama pun kadangkala dijadikan mangsa oleh manusia yang mengikut hati dan hawa nafsu. Berikut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd K. E. berkaitan pengalamannya disantau. 1996 Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. saya muntah.. masyaallah.. darah membuak keluar. Di hospital doktor kat